top of page
Search
  • Admin@KoAzhariah

Persediaan MAT Ko-Azhariah

Alhamdulillah. Pada 28/08/2021, ahli jawatankuasa Ko-Azhariah telah mengadakan satu sesi percubaan dengan ahli-ahli koperasi secara dalam talian.


Tujuannya adalah membiasakan ahli-ahli dengan aplikasi dalam talian seperti Google Meet, yang akan digunakan sebagai medium atau platform untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara maya.


Hal ini disebabkan negara masih lagi berada di dalam pandemik Covid-19, dan kerajaan menetapkan SOP yang berkaitan sekiranya sesebuah organisasi perlu mengadakan mesyuarat.



Pihak teknikal juga ada menyediakan tatacara penggunaan Google Meet kepada mana-mana ahli yang belum pernah menggunakan aplikasi tersebut.



Pada hari tersebut, seramai 24 orang ahli telah turut serta dalam taklimat ringkas berkenaan.

Ada beberapa ahli lain yang tidak dapat menyertai taklimat online tersebut kerana tidak berkelapangan, dan ada juga yang tidak mempunyai peranti yang sesuai.


Pihak urusetia juga akan menambah baik dari segi peralatan, bahan dan ciri-ciri berkaitan untuk menjayakan MAT ke-5/2020 Ko-Azhariah yang akan diadakan kelak.


20 views0 comments

Комментарии


bottom of page